PEsTa dI SEgAmat....
hai..
ketemu lagi kite..hari ni saye nak citer ttng pengalaman gi pestA..
yg paling saya suke di tempat novel
akhirnye , saya dpt juga jumpa novel yg saya cari iaitu: terlanjur mencintaimu..
ade pesta flora n banyak lagi...
mmng x rugi kalo dtng ade juga mknnn ringan yg jarang dijumpai iaitu mashmelow..
tp yg ni halal tau...mmng besar la..kalo tengok dari luar nmpak kecik tp dr dalam besarnyer..
sampai saya bole sesat..hehehe...
nnti kalo ade jodoh nnti saye masukkan gmbar sewaktu di sane...
walopon pesta kecik jerk..tp banyak barang tau...
kalo bole saye nak pergi sekali lagi tp rasenyer dah habis ...x pela
saye baru ingat nak belicmashmellow tp x sempat..
sambil jln tu , sambil mata tengok bola mmlm tu kat warong yg pasang tv ...
hahaha..
tu jerk lah wat hari ni..pegi tau kalo ade kesempatan la..
salam...
>_<
bUBUr AYam N CendAWan
Bahan-bahan ( 3-4 orang )
- 1/2 cwn beras
- 3 ketol ayam bahagian tulang dipotong kecil2
- 1 kiub pati bilis/ayam
- cendawan (enoki/tiram/butang/shitake/telinga kera)
- 1cm halia
- sedikit bawang dan bilis goreng
- daun sup dan daun bawang
Cara-cara
- Msk beras,halia dan ayam hingga msk dan nasi sedikit pecah. bole juge gunekan nasi lebih. hanya tambah air dlm nasi dan masak hingga nasi mengembang. (air 3/4 cawan)
- Jika beras belum btol2 msk dan air dah kering, tambah kn lagi air.
- Masukkan cendawan (gabungan cendawan tiram dan enoki mmg lazat). perasakan. tutup api dan buleh laa tabur kn daun sup, daun bawang.
- Mase menghidang.taburkan bawang goreng, lada sulah dan bilis goreng. makan panas2.
Tag
kEK TiRaMIsU..
Resipi Kek Tiramisu Simple
- 1 biji sponge kek atau apa2 kek
- 250ml whipping cream
- 200ml cream cheese
- 1/2 cawan gula halus
- 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
- 1 sudu makan serbuk nescafe
- serbuk koko untuk hiasan
- Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
- Satukan gula, cheese dan cream
- Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
- Potong kek pada 2 bahagian
- Tuangkan bancuhan nescafe ke atas kek
- then sapukan adunan cream+cheese tadi atas kek
- Susun lagi bahagian yang selebihnya sapukan nescafe n baki cream cheese td.
- kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar…
- Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya…
- p.s yg kek bulat kicik tue, kite guna mould donat. Letak kek dulu, pastu letak krim. Biar dlm peti kejap sebelum keluarkan mould.:)
PizzA oLe..
Bahan-bahan ( 4 org regular )
- base
- 1 1/2 cwn tepung superfine/high protein
- 1/2 (6g)peket yis kering
- 2 sb gula
- 2 sb shortening
- secubit garam
- 1/2 cawan air suam
- untuk filling
- 1 peket sup mushroom campbell/vono
- sosej beef/ayam
- capsicum dan tomato
- button mushroom
- grated mozarella cheese (yg melekit2 cam kat pizza)bila dah masak
- tabasco sos (alternatif)utk pedas
- cornmeal (serbuk jagung )
Cara-cara
- untuk base
- larut gula dalam air suam dan masukkan yis biarkan sampai penuh naik satu cwn
- tepung, garam dan shortening uli bentuk bread crumb
- setelah yis naik,mskkan campuran yis dlm tepung dan uli lg selama 10 minit dan di biarkan ttp dgn plastik sehingga naik 2 kali ganda
- bulatkan doh gelek nipis, taburkan cornmeal dan bakar half cook
- untuk filling. masakkan sup mushroom, sosej, button mushroom dgn air agak2 pekat mcm sup kat pizza
- curah sup atas base, taburkan capsicum, tomato, cheese dan tabasco sos untuk pedas dan masak pizza skali lagi sehingga cheese keperangan
ApaM BaLLIK ManIS
Bahan-bahan ( 20 keping )
- * Bahan lempengnya *
- 250 gm tepung gandum
- 375 ml santan suam
- 150gm gula
- 2 bj telur ayam
- 1 st ragi segera
- 1/4 st soda bikarbonat
- * Bahan inti *
- jagung manis
- gula pasir
- kacang tanah disangai & ditumbuk separuh halus
Cara-cara
- Masukkan ragi ke dalam santan suam, kacau hingga berbuih. Ketepikan.
- Satukan tepung, gula dan telur sambil santan sikit demi sedikit. Kacau hingga gula larut. Masukkan pula soda bikarbonat. Kalau nk mudah, blend semua skali
- Perap bahan2 tersebut selama 1 jam.
- Bila nk masak,panaskan acuan dan sapu sikit marjerin ( seeloknya guna non stick pan ). Ambil sedikit adunan dan tuang dalam pan. Adunan akan membentuk dengan sendiri di dalam pan mcm buat lempeng biasa.
- Sebelum adunan kering, masukkan sedikit kacang tanah, gula & jagung manis. Setelah betul2 masak, lipat dua apam tersebut & angkat keluar dr pan.
- Sedap makan time panas ngan kopi o' ;)
hari ni...
huh! bosan3 , sbb tu la aq gi bukak blog..tp masalah nyer followers aq x naik3 lagi ...baru sorang hahaha..harap2 kowang leh lla jd erk..please...x pe la kalo x nak i dont care...
kentang lenyek @ putar
Bahan-bahan ( 10 biji kentang )
- 10 biji kentang di buang kulit dan di potong kiub ( besar2)
- 1 sk lada hitam di tumbuk halus
- 1/2 cawan fresh milk
- garam secukup rasa
Cara-cara
- Rebus kentang dgn sedikit garam
- Setelah empuk toskan air dan tumbuk sedikit kasi hancur
- Kemudian guna hand mixer putar sehingga kentang jadi halus.
- Sambil putar , sambil masukkan garam, lada hitam dan susu secukupnya.
- Saya regukan dgn ayam panggang semalam. Dan juga dgn simple kobis dan carrot mayo.
aiskrim oreo..the simple recipe
Bahan-bahan ( lebih 10 kali makan..hehe )
- aiskrim vanilla (kite guna nestle)
- biskut oreo (hancurkan,patah-patahkan)
- kekacang (option)
- buah berry (option)
Cara-cara
- campur semua bahan-bahan dan sebatikan
- kite letak buah berry n kacang jugak, kalau xletak pun sedap juga. dah siap..selamat mencuba!
Tag
salad ala-ala pro..
Bahan-bahan ( 4 Orang )
- 1 biji Mango Hijau (dipotong memancang macam mancis)
- 1 biji timun (buang biji, dipotong memancang macam mancis)
- 1 lobak merah (dipotong memancang macam mancis)
- ½ biji bawang besar (dihiris nipis, direndam dalam air garam selama 30mins)
- 1 pokok kecil Daun Ketumbar (dipotong sama size dgn mango)
- 1 sudu besar udang kering (dicuci and diketepikan)
- 300gm udang atau sotong (dibersihkan)
- **Bahan-bahan untuk dressing**
- 2 ulas bawang putih
- 1 cm Halia
- 1 biji Chili Padi/Api (buang bijinya)
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu besar Sos Ikan
- 3 sudu besar jus lemon
Cara-cara
- Rebuskan udang atau sotong sampai masak, keluarkan dari air panas dan terus dimasukkan dalam air sejuk dgn ketulan ais. Rendam selama 5 mins dan diketepikan (simpan dlm peti sejuk).
- Masukkan mango, timun, lobak merah, bawang besar dan daun ketumbar dalam mangkok besar, dan gaul sehingga rata. Disimpan dalam peti sejuk sebelum makan.
- Sediakan dressing. Tumbukkan bawang putih, halia dan chili padi, masukan gula, sos ikan dan jus lemon. Dikacaul sampai sebati.
- Taruh bahan-bahan (2) dalam pinggan (biar macam bukit), taburkan udang dan udang kering.
- Ini gambar salad saya buat dgn kaki ayam yg telah dibuang tulangnya. Kat sini boleh beli kat kedai Vietnamese.
Ayam Panggang BBQ....
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
- 2.0kg ayam
- 1 biji bawang besar (kalau bawang tu bersaiz kecil, guna 2 biji)
- 5 ulas bawang putih
- 2 cm halia
- 2 sudu besar serbuk cili
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 2 batang serai
- 1 sudu besar serbuk jintan manis
- 1 sudu kecil serbuk jintan putih
- 1 sudu kecil serbuk ketumbar
- 1 sudu kecil garam
- 1 cawan gula
Cara-cara
- Potong ayam mengikut kesukaan anda. Jika potongan tersebut besar-besar, kelar-kelar sedikit supaya ayam cepat masak. kemudian, bersih dan tos ayam tersebut.
- Kisar semua bahan-bahan di atas sehingga hancur.
- Masukkan bahan-bahan kisar tersebut ke dalam bekas dan campurkan dengan ayam.
- Perap ayam tersebut 1 malam atau 2-3 malam di dalam peti ais.(lagi lama perap lagi sedap!)
- Bakar ayam di atas bara api atau dapur gas sehingga masak. Selamat Mencuba!
resepi apam polkadot..
Bahan-bahan untuk masak apam polkadot ( 50 biji papercup medium )
3 biji telur dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar/ susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai
pewarna
**Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.
Cara-cara penyediaan apam polkadot
1. Masukkan telur dan gula ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.
2. Selepas tue, baru campur bahan2 lain(masukkan susu, tepung dan last sekali ovelette. Then, masukkan esen vanilla) dan mix lagi sehingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.
4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).
6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).
7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.
8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.
Sumber resepi:
shell@myresepiTudung Rozita Che Wan..
Tudung Rozita Che Wan Online (2 Layer & 3 Layer)
Pernah menonton cerita “Aku Terima Nikahnya” di Astro Oasis? Mesti anda tertarik dengan pemakaian tudung Rozita Che Wan yang memegang watak sebagai Sabrina.
Bagi yang tidak tahu, “Aku Terima Nikahnya” mengisahkan Editor Majalah Anis, Sabrina yang masih belum bertemu jodoh. Sikapnya yang terlalu memilih menyebabkan dia digelar Andalusia oleh pengurusnya, Haji Salim. Sabrina seorang wanita cantik, lemah lembut dan berkerjaya. Dia juga sudah berasa tawar hati pada mana-mana lelaki selepas Anuar iaitu teman rapatnya cuba curang kepadanya.
Oh, cukup pasal cerita itu. Masalahnya, di manakah mahu mendapat tudung seperti itu? Ramai yang kata susah nak cari secara online. Ramai sangat yang suka 2-layer atau 3 layer. Ada juga yang panggil double-layer atau triple-layer.
Cari kat blogspot pun susah nak jumpa. Kalau ada pun, mahal sangat. Nak tak nak, kena pergi Jalan TAR. Kat situ aje lah yang murah sikit dan boleh cari yang jenis labuh.
Adakah Tudung Rozita Che Wan semakin mendapat tempat di hati ramai wanita Malaysia? Nampaknya, trend ini semakin popular di seluruh negara.
jika berminat boleh la mencari di
http://sweethijab.com.
cinte..cinte..cinte..
cinte terlalu istimewa...ade yg cube menggapai ttpi x sampai..ade yg bersakit2 demi mendapatkn cinte....cinte itu manis malah sangat manis seperti kopi n charamel...cinte juge sngat pahit seperti hempedu..kite x perlu cari cinte sbb ia dtng sendiri..
| NEWER POST